11 June 2009

PERUTUSAN

Assalamualaikum

Bismillahhirrahmanirrahiim

Barisan gerakerja Kejohanan "HTR Super-V 1st Downhill Challenge 2009 (Ipoh Close), memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahuwataala kerana dengan izinnya telah melancarkan perjalanan kejohanan pada 7hb Jun 2009, yang di anjurkan buat pertama kalinya.Nikmat yang di perolehi menunjukkan kebesarannya yang maha agong.

Terlebih dahulu salam penghargaan kepada semua kariah HTR Team yang telah memberi sumbangan masa, tenaga, wang ringgit dan idea bagi merealisasikan kejohanan yang menjadi impian kita, terutamanya barisan barisan gerakerja yang telah di terjemahkan dari mula sehingga berakhir kejohanan.Jasa anda semua tidak terbalas.

Turut di hargai dengan ucapan Ribuan terima kasih kepada penyumbang penyumbang kepada kejohanan sebelum, semasa dan selepas kejohanan ini, dengan penglibatan dan sokongan dari syarikat dan individu telah memeriahkan lagi kejohanan ini. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada:

1. En Arash Mohd dan Keluarga (Selebriti)
2. En Haji Abdul Wahid dan Keluarga (Selebriti)
3. En Yazid - BC Riders Kuala Lumpur
4. Polis Bantuan Daerah Ipoh
5. Ta'in Place
6. DCL (De Classic Life (M) Sdn Bhd)
7.Ketua Polis Tanjung Rambutan

8. Moto Wazi (Wazi Boy)
9. Warisan Hj Jermadi
10. Linex Link Enterprise
11. Dirtwork Pedal Gear - Kuala Lumpur
12. Jabatan Pertahanan Awam 3, Daerah Ipoh
13. Vision WNL Enterprise
14. Motor Cahaya
15. Akhbar Cabaran Sdn Bhd (Sinar Harian)
16. En Benjo
17. En Fuad
18. En Hawari
19.WONG YETI

Penghargaan juga di tujukan kepada semua pelumba pelumba individu dan berpasukan yang telah menyertai dan memeriahkan kejohanan kami ini yang pertama kali di adakan di kawasan Ulu Kinta, Perak dan dengan penyertaan seramai 80 pelumba ini, telah membuat kami lebih bersemangat untuk menganjurkan lagi dan yang lebih terbaik dari segi penganjuran dan hadiah kemenangan.Walaubagaimanapun, perlu di akui, di dalam setiap penganjuran mesti ada kepincangan dan barisan gerakerja sekali lagi memohon kemaafan.

Dengan ini hasrat kami ingin MEMBUDAYAKAN SUKAN telah tercapai dan sekian terimakasih dan harap akan berjumpa lagi di lain masa

Wasallam

Sazali @ Tankmagic
-Manager HTR Team
-Ipoh-Pengarah Kejohanan

No comments:

Post a Comment